TAMAN
Dulu jambagan ini mengutum seri mengulum
senyum di tangkai hati
semerbak harum kembang seindah taman
mengundang tenang
cantik bunga
kumbang pun datang bertandang
Kini taman hangus terbakar
tiada wangi hilang seri
kembang & jambangannya punah
indah dan cantiknya musnah
kumbang terpanggang rentung dibakar pijar
tanahnya membahang panas
buminya tandus polos
Rupanya seri taman tak kekal
harumnya sementara
indah sebentar
....kerana bajanya ringgit permata
bukan iman dan taqwa
Itulah dunia...
Taman tipu daya
Taman pura-pura.

Dulu jambagan ini mengutum seri mengulum
senyum di tangkai hati
semerbak harum kembang seindah taman
mengundang tenang
cantik bunga
kumbang pun datang bertandang
Kini taman hangus terbakar
tiada wangi hilang seri
kembang & jambangannya punah
indah dan cantiknya musnah
kumbang terpanggang rentung dibakar pijar
tanahnya membahang panas
buminya tandus polos
Rupanya seri taman tak kekal
harumnya sementara
indah sebentar
....kerana bajanya ringgit permata
bukan iman dan taqwa
Itulah dunia...
Taman tipu daya
Taman pura-pura.
No comments:
Post a Comment