Popular Posts

Monday, 19 December 2011

ASSALAMMUALAIKUM SAYANG

Assalammualaikum sayang
bicara ini terus untukmu
lahir dari lubuk jiwaku
yang kian membuak rasa yang mendalam
ingin semuanyatertumpah dan tertuang
pada fikiran dan lubuk hatimu

Assalammualaikum sayang
mengapa  kita teru-terusan bergini
bahagia yang merkar mewangi
mesra yang harum semerbak
kian carik
kian terkoyak

Assalammualaikum sayang
pun bukan kehendak kita untuk terus bertelagah
tapi itulah yang berlaku waktu demi waktu
menggaggu kasih yang bersemi sejak dahulu
melerai sayang yang kukuh dan padu


Assalammualaikum sayang
marilah kita kutip semula 
daun-daun kasih yang terlerai
kita kumpulkan segera
mesra yang tercerai
kita tanam...kita bajai semula
biar rimbun kasih kita mercup tumbuh 
mengubat jiwa yang pernah tergores
dan tercalar






Assalammualaikum sayang
jangan hendaknya kita tergugah 
walau suasana berubah
kerana cinta Ilahi itu abadi
yang rindunya membawa mati
dan tapak itulah ...
cinta kita bersemi..












No comments:

Post a Comment