DARI DIRI KE DIRI
Kuserah segalanya pada ketentuan
biarlah masa berbicara di pangku wajah yang layu
dan aku pun telah jemu menantap masalah
yang hinggap di pintu hatiku berselang -seli
Aku tidak mahu berpaling
pada yang mengganggu dan menggugat
sapanya meletihka n
hadirnya mengundang penat
Telah kuserahkan hati ini
bukan lagi pada manusia yang megaku cinta
kerana cinta mertabat itu
bersalut segunung palsu
Dan aku pun semakin tidak peduli
apa yang mahu terjadi
kerana gerak dan tindakku mahu bebas
pada gugatan masalah
Aku adalah aku yang sekarang
biar terbuang tetap berjuang
tetap
ke depan walaupun datang...
godaan kasih yang kutakuti kan hilang
Kuserah jiwa ini pada perjuangan
biarlah di medan itu segalanya terjadi
aku pun pasrah
terjadilah apa yang mahu terjadi
Aku yang sekarang
adalah aku yang berjuang!
Kuserah segalanya pada ketentuan
biarlah masa berbicara di pangku wajah yang layu
dan aku pun telah jemu menantap masalah
yang hinggap di pintu hatiku berselang -seli
Aku tidak mahu berpaling
pada yang mengganggu dan menggugat
sapanya meletihka n
hadirnya mengundang penat
Telah kuserahkan hati ini
bukan lagi pada manusia yang megaku cinta
kerana cinta mertabat itu
bersalut segunung palsu
Dan aku pun semakin tidak peduli
apa yang mahu terjadi
kerana gerak dan tindakku mahu bebas
pada gugatan masalah
Aku adalah aku yang sekarang
biar terbuang tetap berjuang
tetap
ke depan walaupun datang...
godaan kasih yang kutakuti kan hilang
Kuserah jiwa ini pada perjuangan
biarlah di medan itu segalanya terjadi
aku pun pasrah
terjadilah apa yang mahu terjadi
Aku yang sekarang
adalah aku yang berjuang!
No comments:
Post a Comment